Pilihan busana muslimah kemas, sopan dan bergaya

Pilihan busana muslimah kemas, sopan dan bergaya

Butang warna emas ini menyuntik gaya mewah pada pemakai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sharifah Rose antara pelakon bertudung yang gaya pemakaianya sering menarik perhatian muslimah. Kemas, sopan tetapi bergaya.

Dalam kalangan muslimah yang kadangkala ‘terperangkap’ dengan penggayaan fesyen yang sarat dan berlapis, si manis ini memukau pandangan ramai dengan gaya clean dan minimal. Persalinan rona alam dan tanah yang mesra juga dilihat amat akrab dengan dirinya.

Cita rasa fesyennya itu menarik perhatian jenama Poplook untuk bekerjasama dengan Sharifah Rose dalam koleksi busana yang banyak menyuntik elemen vintaj.

Sharifah Rose berkata, dalam pemilihan busana seharian, dia amat mengutamakan keselesaan dan praktikaliti. Namun tetap akan menikberatkan elemen klasik yang digemarinya.

“Saya suka gaya klasik sebab ia boleh dipakai untuk pelbagai majlis atau acara kerana saya sentiasa on-the-go.

“Pilihan set tweed dengan butang emas mewah, bahagian atas korset dengan skirt berlipat digandingkan dengan pakaian kasual antara amat saya gemari dalam koleksi ini,” katanya.

Koleksi ini menyediakan pelbagai pilihan untuk wanita gayakan dari siang hingga ke malam. Setiap hari dalam seminggu.

Bagi yang gemarkan gaya kasual, ada pilihan blaus dengan perincian reben dan sulaman be good utuk baju sejuk yang feminin.

TIPS PENGGAYAAN BUSANA MUSLIMAH:
» Elakkan pakaian seksi, ketat dan mencolok mata
» Pilih gaya solekan neuteral dan tidak keterlaluan.
» Gayakan busana rona alam, tanah dan tidak terlalu terang.
» Tertibkan penampilan dengan memakai aksesori sederhana
dan tidak keterlaluan.

UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya