Pak Mokhtar atau nama sebenarnya Abdul Mutalib Mamat, bukan nama asing dalam kalangan penduduk Kampung Damak, Jerantut, Pahang. Pelbagai kisah hidup dilalui oleh Pak Mokhtar, 66, dalam menghabiskan sisa-sisa hidupnya sebagai seorang peraih buah-buahan. Pak Mokhtar menjadi Orang Kurang Upaya (OKU) lebih enam dekad lalu apabila sebelah kakinya lumpuh akibat demam panas sejak dirinya berusia empat tahun lagi. Jika terlihat kelibat seorang lelaki menaiki motosikal roda tiga, itulah Pak Mokhtar.…