DEBARAN terasa sebaik melihat pemanah memegang busur sambil memacu kuda dengan laju. Anak panah yang diletakkan di belakang badan diambil satu persatu kemudiannya dilepaskan tepat ke sasaran dengan tangkas serta pantas. Sebaik sahaja sasaran berjaya dipanah, semua peserta yang rata-rata masih baharu dalam sukan ini akhirnya berjaya mempelajari ilmu yang menjadi salah satu sunnah Rasulullah SAW ini. Berkecimpung dalam sukan ini sehingga mahir bukanlah sesuatu yang mudah kerana menuntut kerjasama…