MELUANGKAN malam minggu bersama keluarga atau teman dengan bersiar-siar di sekitar Putrajaya, tidak sama suasananya jika dibandingkan kira-kira lebih 15 tahun lalu. Dulu, lokasi yang menempatkan bangunan pentadbiran kerajaan ini hanya ‘hidup’ pada waktu bekerja iaitu dari pukul 7 pagi hingga 6 petang. Selebihnya ia ‘mati’. Sebaliknya, hari ini suasana malam di Putrajaya cukup meriah dan happening. Perancangan dan pembangunan pesat ditambah pelbagai fasiliti, kemudahan selain elemen tarikan pengunjung dibangunkan…










