Bergaya dengan cermin mata hitam saiz besar - Utusan Malaysia

Bergaya dengan cermin mata hitam saiz besar

Cermin mata hitam bersaiz besar tidak seharusnya menguasai wajah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Jangan tak percaya, kaca mata bersaiz besar masih lagi berlegar dalam dunia fesyen hari ini. Ia mengamit nostalgia gaya tahun 70 an.

Anda boleh bayangkan penyanyi terkenal tahun 70 an seperti Uji Rashid yang tampil glamour dengan kaca mata besarnya dalam filem lakonannya.

Sebenarnya kaca mata bersaiz besar ini sudah popular sejak tahun 60 an lagi bila wanita pertama Amerika, Jackie Kennedy memakainya bagi menyembunyikan diri daripada pandangan ramai.

Sejak itu, ramai yang tampil bergaya seperti Jackie dengan kaca mata bersaiz besar tidak kira ketika bersiar di tengah bandar mahupun bersantai di pantai bersama teman.

Cermin mata bersaiz besar dihasilkan dengan gaya retro 70 an, aksesori serta warna yang unik.

Kalau anda seorang yang minimalis atau bergaya ringkas, pasti jatuh cinta dengan koleksi ini tambahan pula, anda boleh lekatkan kanta cermin mata pada bingkainya. Pasti gaya anda mencuri tumpuan.

Sesiapa saja boleh menggayakan cermin mata besar. Tidak kira bentuk wajah anda bulat, bujur atau berbentuk berlian.

Jadi, jangan tersalah pilih kaca mata. Yang penting, anda rasa selesa dengannya.

Tips penggayaan:
1. Tidak menyentuh pipi
* Bingkai bersaiz besar harus diletakkan dengan selesa pada muka anda tanpa menyentuh pipi, sama ada anda sedang berehat atau menyeringai dari telinga ke telinga. Jika bingkai menyentuh pipi anda, ini bermakna ia terlalu besar untuk muka anda.

2. Tunjukkan kening anda
* Jangan sembunyikan kening di belakang cermin mata kerana kesan keseluruhannya anda akan kelihatan ganjil. Pilih saiz yang membolehkan mata anda mengintip keluar dari tengah cermin mata.

3. Bingkai muka anda
* Cermin mata hitam bersaiz besar tidak seharusnya menguasai wajah. Kalau bingkai lebih lebar daripada muka, maka tidak sesuai.

4. Saiz bingkai
* Pilih bingkai rasa selesa. Bingkai terlalu besar, boleh menyebabkan sakit kepala.

5. Ujian senyuman
* Jika cermin mata terangkat dari batang hidung kalau anda tersenyum, ia tanda tidak sesuai. Perubahan ekspresi muka tidak seharusnya mengubah cara cermin mata hitam bersaiz besar yang digayakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×