PETALING JAYA: Pemberian vaksin kepada golongan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah bertujuan mengelakkan keadaan jangkitan lebih kritikal. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, keadaan jangkitan wabak dalam kalangan kanak-kanak di luar negara menyaksikan peningkatan drastik sehingga terpaksa dirawat di hospital. Justeru, situasi seperti itu yang mesti dielakkan sebelum lebih ramai orang awam terutama kanak-kanak negara termasuk dalam kategori empat hingga lima.…