Tudung motif floral kembali jadi kegilaan wanita - Utusan Malaysia

Tudung motif floral kembali jadi kegilaan wanita

Elakkan memakai busana sarat kalau tudung sudah bermotif.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TudungPeople menarik perhatian peminat dan pemakai hijab dengan pelbagai koleksi tudung dan selendang yang boleh digayakan dengan selesa namun masih mengekalkan gaya sopan dalam berfesyen.

Sempena sambutan ulangtahun ke 10, jenama yang diasaskan pada 2011 ini, koleksi edisi terhad LE Cucuk Sanggul telah dikeluarkan semula.

Koleksi daripada fabrik sutera itu, sebelum ini mendapat permintaan tinggi daripada peminat yang tidak berpeluang mendapatkannya sewaktu ia dilancarkan Ogos tahun lalu.

Pengasas dan Pengarah Urusan TudungPeople, Fazrena Aziz, berkata LE Cucuk Sanggul unik tetapi masih mengekalkan signature jenama.

“Kami menggabungkan perhiasan klasik dengan motif bunga moden bagi mencipta kelainan,” katanya.

Peminat edisi LE Cucuk Sanggul ini boleh mendapatkan pelbagai selendang yang diberi nama Mahsuri, Tun Fatimah, Hang Lipo, Tun Teja, Cik Siti Wan Kembang, Santubong, Dang Anum, Walinong Sari, Banang dan Ledang.

BUKA BUTIK BAHARU
Dalam perkembangan terkini, jenama itu membuka butik terbaharu di KL East Mall, di ibu kota. Butik menampilkan ruang membeli belah yang lebih luas dan selesa.

Ada ruang istirahat sebagai menambahkan keseronokan muslimah kala membeli-belah.Mengulas mengenai cabaran membuka butik kala pandemik, kata Fazrena, kedai fizikal keempatnya itu, sepatutnya dilancarkan awal 2021 tetapi dengan semua sekatan dan perintah kawalan pergerakan semasa Covid-19, menjadikan kesukaran dalam menyelaras dan merancang dengan begitu banyak ketidakpastian.

“Seluruh pasukan bertahan dan saya gembira dapat mengalu-alukan semua orang ke butik ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN