Sambal lado telur puyuh petai - Utusan Malaysia

Sambal lado telur puyuh petai

Resipi Sambal Lado Telur Puyuh sentuhan Siti Hasmah Abu Hasan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MASAKAN berlado sudah pasti membangkitkan selera, lebih-lebih lagi jika dimakan bersama nasi panas.

Hidangan Sambal Lado Telur Puyuh ini bertambah mantap kalau ditambah petai sebagai ramuan tambahan. Bertambah-tambah nasi di pinggan dibuatnya. Hidangannya juga mudah disediakan.
Sekali- sekala tukar selera kepada telur puyuh pun sedap juga. Selain mudah dimasak telur jenis ini juga merupakan sumber terbaik vitamin untuk kesihatan.

SAMBAL LADO TELUR PUYUH PETAI

Bahan-bahan:
10 biji telur puyuh (direbus terlebih dahulu dan dikupas kulit serta goreng)

Bahan-bahan kisar atau tumbuk:
3 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
5 tangkai cili padi hijau
5 tangkai cili padi merah
1/2 biji tomato masak ranum
1/2 sudu kecil belacan

Bahan-bahan lain:
1 mangkuk kecil petai dibuang kulit
1 batang serai dititik
2 helai daun limau purut
1 sudu kecil gula perang
Minyak zaitun untuk menumis
Bahan perasa atau garam secukupnya
Nota: Resipi ini tidak menggunakan asam keping kerana digantikan dengan tomato. Kalau tiada tomato, boleh masukkan dua asam keping.

Cara-cara penyediaan:
Panaskan minyak zaitun. Masukkan bahan tumbuk atau kisar dengan sebatang serai yang dititik.
Tumis hingga air kering dan sambal pecah minyak.
Masukkan gula dan garam atau perasa. Masukkan petai. Tumis hingga masak. Masukkan telur puyuh rebus.
Ramaskan daun limau purut, masukkan dalam kuali. Kacau atau kaup dua tiga kali kemudian tutup api.
Nota: Menu ini di gandingkan bersama Salmon Butter Fry.

Cara-cara penyediaan:
1) Panaskan mentega.
2) Perasakan salmon dengan garam, lada hitam dan chili flakes.
3) Setelah separuh masak, masukkan bawang putih yang tidak dikupas kulit.
4) Biarkan ikan sedikit garing. Jika suka separuh masak, pastikan ikan tidak terlalu garing. Selamat mencuba!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×