Rama-rama, terjemahan keceriaan wanita - Utusan Malaysia

Rama-rama, terjemahan keceriaan wanita

Keistimewaan SofeaRose kerana ia menawarkan ukuran hijab lebar dan labuh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kecantikan rama-rama dengan warna memikat menterjemahkan keceriaan wanita. Itu yang bermain dalam fikiran Pereka Farrah Aina Sofian Sauri, sewaktu melahirkan tudung Skyla Capreana dari SofeaRose.

Kata Farrah Aina, warna-warna ceria yang ditampilkan pada setiap helaian tudung itu adalah simbolik kepada kehidupan seorang wanita yang sentiasa cekal melalui hari dan kemudian menyinar seperti rama-rama cantik pada keesokan harinya.

“Apa yang ingin saya tonjolkan ialah wanita itu sentiasa cantik dan menceriakan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tudung dari jenis selendang panjang dan segi empat sama ini pasti menawan hati si pemakai hijab untuk digayakan dengan busana pilihan.

Farrah Aina yang juga Pengasas SofeaRose berkata, pemilihan tudung yang sesuai dengan busana digayakan mampu menyerlahkan penampilan wanita berhijab.

Buat wanita muslimah yang gemar memilih tudung bercorak penuh warna-warni, pasti menyukai koleksi terkini yang ditawarkan oleh jenama tudung SofeaRose.

“Tudung jenis selendang panjang dan segi empat sama ini boleh digayakan dengan pelbagai gaya untuk sebarang acara kasual sehingga ke acara rasmi.

“Semuanya bergantung kepada keselesaan setiap individu. Koleksi Skyla Capreana ini boleh juga digayakan bersama aksesori mahupun tanpa sebarang pin. Hasilnya tetap kemas dan penuh gaya,” katanya.

Dihasilkan menggunakan fabrik jenis premium satin silk, tudung ini adalah koleksi pertama dalam bentuk jahitan eyelash finishing pada hujungnya.

Ada lapan warna mewah dan ceria yang boleh dipilih mengikut citarasa si pemakai hijab.

Keistimewaan jenama ini, kerana ia menawarkan ukuran hijab lebih lebar dan labuh. Sangat sesuai buat muslimah yang suka berfesyen namun masih mengekalkan ciri-ciri kesopanan dalam berhijab.

Jenama tudung SofeaRose ditubuhkan pada tahun 2016 oleh Farah Aina yang juga merupakan seorang bekas pegawai farmasi yang begitu cintakan bidang fesyen.

Butiknya ada sekitar Lembah Klang iaitu Central I-City Shah Alam, Melawati Mall dan Bangi Sentral.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN