Baru-baru ini saya berpeluang menyertai misi bantuan banjir di Kampung Karak Setia, Bentong anjuran Yayasan IKRAM Malaysia (i-Bantu) dengan kerjasama Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia (GEMA) Selangor. Misi berkenaan disertai lebih 20 orang sukarelawan dari pelbagai tempat antaranya Gombak, Ampang Jaya, Selayang, Hulu Selangor dan Shah Alam. Saya amat bersyukur kerana berpeluang menyertai misi ini. Ini adalah cubaan saya kali kedua. Cubaan pertama awal Januari lalu dibatalkan akibat hujan lebat sekitar…