Beranganlah selalu, insya-Allah jadi kenyataan - Shiha Zikir. - Utusan Malaysia

Beranganlah selalu, insya-Allah jadi kenyataan – Shiha Zikir.

Shiha Zikir terharu dapat berduet dengan Azan Scan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi Shiha Zikir, meluahkan rasa terharu apabila berpeluang berduet dengan penyanyi dan juga finalis Gegar Vaganza 8 (GV8), Azan Scan di pentas akhir program tersebut.

Selain itu, penyanyi lagu popular Aewo itu juga memaklumkan dirinya pernah berkongsi pentas bersama Azan, kira-kira 25 tahun yang lalu.

Perkara tersebut dikongsikan Shiha menerusi entri Instaram miliknya dengan coretan panjang.

“25 tahun lalu. Ya Allah, tak sangkanya dapat juga Shiha berduet dengan abang @azanscan!

“Masa ini Shiha buat persembahan makan malam di Pulau Pinang. Punyalah seronok sebab kumpulan Scan pun ada membuat persembahan.

“Tetapi, waktu ini tiada rezeki nak berduet,” kongsinya di Instagram.

Dalam pada itu, dia menitipkan penghargaan buat pihak GV kerana diberikan peluang untuk berdiri satu pentas bersama penyanyi lagu Kau Dipaksa Aku Terpaksa itu.

Kongsinya lagi, Azan turut menzahirkan rasa terkejut selepas dia menunjukkan gambar tersebut kepadanya.

“Tidak dapat berduet tidak mengapa. Shiha ambil gambar! tunjuk satu kampung haha. Dapat juga berduet dengan abang Azan.

“Terima kasih Gegar Vaganza dan team abang @azanscan. Jadi kamu semua, beranganlah selalu. InsyaAllah, jadi kenyataan.

“Terkejut abang Azan waktu Shiha tunjuk gambar ini,” ujarnya.

Sekadar informasi, Azan diumumkan sebagai pemenang tempat kelima sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM15,000.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN