Aksi pegang tangan, Lan Solo ditegur warganet - Utusan Malaysia

Aksi pegang tangan, Lan Solo ditegur warganet

Penyanyi Lan Solo dikritik kerana melakonkan babak mesra bersama seorang wanita dalam lagu terbaharunya, 5 Kaki 4 Inci.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Yang haram tetap haram”. Itu reaksi seorang pengguna Instagram, Zafierayana terhadap sebuah rakaman jarak jauh yang memperlihatkan penyanyi Lan Solo melakonkan babak mesra sambil memegang tangan pelakon wanita untuk video muzik lagu terbaharunya, 5 Kaki 4 Inci.

Lan yang memuat naik rakaman itu di Instagramnya berkata video berkenaan diambil individu lain ketika babak berpegangan tangan itu dilakukan.

“Aduh, kena skodeng dari jauh pula. Naya wei…

“Nasib babak ini pegang tangan sahaja. Tetapi ada ke babak ini dalam video muzik 5 Kaki 4 Inci? Tak perasan pula,” tulisnya.

Aksi Lan bersama pelakon itu nyata mengundang rasa kurang senang warganet.

Pemilik akaun Instagram, saninasani645 menegur belas anggota kumpulan Kristal itu atas tindakannya yang dianggap tidak wajar itu.

“Kalau up video macam itu dengan isteri sendirikan lagi elok,” tulisnya.

Selain itu, pemilik akaun IG ejamjanjirock pula mengingatkan Lan tentang dosa atas perbuatan tersebut.

“Pegang tangan pun berdosa juga Lan,” tulisnya.

Video muzik lagu terbaharu Lan itu telah dipertontonkan kepada umum di Youtube sejak 12 Januari yang lalu.

Video yang dirakam di Sabah itu kini menerima 235, 384 jumlah tontonan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×