Al-Imam al-Bukhari dan al-Imam Muslim ada meriwayatkan hadis daripada Saidina Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Tiada jangkitan, tiada kesialan, tiada burung hantu dan tiada Safar. Larilah daripada orang yang terkena kusta sebagaimana anda akan lari daripada singa. Hadis ini secara zahirnya menafikan kewujudan sebarang kesialan dan jangkitan penyakit. Namun di akhir hadis ini Nabi SAW meminta kita agar menjauhi orang yang terkena penyakit kusta secara bersungguh-sungguh seperti…