Fungsi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) secara dasarnya ialah untuk menjadi unsur tetap dan penting dalam sistem pertahanan negara yang berpaksikan kepada undang-undang sedia ada. Bagaimanapun, sejak dilantik menjadi Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat negeri, bahagian dan daerah kira-kira enam tahun lalu, fungsi dan peranan agensi tersebut telah diperluaskan. APM kini menjadi antara organisasi yang terpenting dalam menguruskan pelbagai situasi termasuk bencana, kecemasan dan darurat di negara ini. Justeru,…