Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menawarkan perkhidmatan menganalisis produk makanan dan pertanian dengan harga rendah, 40 peratus lebih murah berbanding makmal swasta lain. Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr. Mohamad Zabawi Abdul Ghani berkata, harga yang ditawarkan oleh MARDILab berpatutan malah lebih murah adalah sejajar sebagai agensi kerajaan untuk membantu usahawan baharu khususnya dalam menentukan kualiti makanan dan pertanian. Katanya, perkhidmatan analisis di MARDILab mempunyai standard yang setaraf makmal…










