Honor 50 Lite, muncul di pasaran Khamis ini - Utusan Malaysia

Honor 50 Lite, muncul di pasaran Khamis ini

HONOR 50 Lite hadir dengan tiga jenis warna pilihan iaitu Deep Sea Blue, Midnight Black, serta Space Silver.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Berita baik bagi penggemar peranti keluaran Honor. Jenama itu mengumumkan bakal melancarkan telefon pintar 25 November ini.
Jom lihat apa yang anda perlu tahu mengenai peranti ini:
Bateri dan cas
Honor 50 Lite hadir dengan kapasiti bateri sebesar 4300mAh, dengan 66W pengecasan pantas, pengguna hanya perlu mengecas selama 39 minit sahaja. Bateri akan berada dalam keadaan 100 peratus penuh.

Paparan FullView Honor
Direka dengan bingkai Super Narrow 1.05mm, Honor 50 memberikan pengalaman pemandangan terbaik melalui Paparan FullView Honor 6.67 inci, sekaligus menghasilkan kesan visual yang jelas.
FUNGSI FOTOGRAFI
Pelancaran produk terbaharu Honor Malaysia kali ini berfokuskan kepada pembinaan kamera quad, termasuk Kamera Quad Ultra-Clerar 64MP dan aperture F/1.9 pada kamera utama, ciri ini dikatakan dapat menghasilkan gambar dengan lebih jelas seperti pemandangan sebenar.

Perlindungan Mata
Honor sentiasa prihatin dalam penjagaan dan melindungi mata pengguna, Oleh itu, Honor 50 Lite dilengkapi dengan Paparan Tahap-Perkakasan Penjagaan Mata dan Pensijilan TÜV Rheinland Low Blue Light.
Meskipun pengguna berhadapan dengan peranti dalam jangka masa panjang, ia tidak akan menimbulkan rasa kurang selesa pada mata.

Ruangan Besar (GB)
Hadir dengan penstoran 128GB, Honor 50 Lite menyediakan ruang cukup untuk menyimpan sehingga 11,000 lagu, atau 28,000 foto atau 440+ video kualiti HD.

Warna
Honor 50 Lite boleh didapati dalam tiga warna pilihan iaitu Deep Sea Blue, Midnight Black, dan Space Silver.

HargaD
Sebelum ini Honor 50 dijual dengan harga RM1,999, namun tiada lagi khabar angin mengatakan mengenai harga terbaharu untuk siri 50 Lite.
Apa yang pasti, peminat boleh menjangkakan penurunan harga untuk peranti terbaru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN