Sekarang bukan era menjatuhkan orang - Mimi Fly - Utusan Malaysia

Sekarang bukan era menjatuhkan orang – Mimi Fly

MIMI FLY menekankan aspek sayangi diri sendiri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Tidak pasti sama ada ia merujuk kepada individu tertentu atau secara rambang, penyanyi dan guru tari, Mimy Fly, berkongsi pandangannya mengenai situasi saling menjatuhkan.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Mimi, menyebut bahawa kini adalah era di mana seharusnya semua pihak saling menyokong antara satu sama lain dan bukannya menjatuhkan.

“Cuma nak beritahu, sekarang ini kita tak lagi berada di dalam era menjatuhkan orang. Inilah era di mana kita bersungguh-sungguh menyokong antara satu sama lain,” katanya dalam perkongsian yang dibuat di Instagram pada hari ini.

Selain itu, Mimi juga menekankan aspek betapa pentingnya untuk seseorang individu itu meletakkan keutamaan dan menyayangi diri terlebih dahulu sebelum belajar untuk mencintai orang lain.

“Bila kita sibuk sayang diri kita, dan berusaha untuk capai apa yang kita mahukan, kita akan mula memahami dan menghargai impian orang lain.

“Sebab kita faham susah senang dalam perjalanan kita itu yang mana sama saja dengan perjalanan orang lain.

“Bila kita sayang diri sendiri,kita akan lebih bijak menyayangi orang lain. Bila kita sayang diri sendiri, orang lain pun akan bertambah sayang pada diri kita,”katanya.

Selain itu, kata Mimi, apabila semua itu mampu dicapai, diri akan menjadi cerminan kepada orang lain terutama dalam menyebarkan nilai-nilai positif.

“Ibarat cermin, kita akan tunjuk pada orang lain yang diri kita ini penuh dengan cinta. Bukankah seronok macam itu?” katanya.

Perkongsian Mimi itu turut mendapat respons positif daripada pengikut dan peminatnya di Instagram termasuk rakan-rakan artis.

Antara yang meninggalkan komen ialah penyanyi antarabangsa, Yuna, Loca B, Syura, Aisha Retno dan pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat.

Untuk rekod, Mimi sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas suaminya, Mohd Firdaus Hajar pada tanggal 16 Mei 2015.

Bagaimanapun, rumah tangga mereka tidak dapat dipertahankan sehingga kedua-duanya membuat keputusan untuk berpisah secara baik pada November 2017.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×