Puding roti pandan viral - Utusan Malaysia

Puding roti pandan viral

Puding roti pandan viral.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Baru-baru ini viral berkenaan roti pandan Gardenia. Ramai yang berebut-rebut mahu mendapatkannya kerana mahu merasa sendiri kesedapannya.

Sememangnya roti pandan itu sedap dimakan begitu sahaja. Apatah lagi jika dibakar. Tetapi jika mahukan kelainan, boleh ubah roti pandan tersebut menjadi puding roti. Sajian ini pasti sedap dijadikan hidangan minum petang.

Cara membuatnya sama seperti membuat manisan puding yang anda biasa buat. Cuma bezanya kali ini, anda gunakan roti pandan sebagai bahan utama. Selamat mencuba.

Resipi puding roti pandan viral

Bahan-bahan:
7 keping roti Gardenia
2 sudu makan tepung jagung
1 kotak kecil atau 200 mililiter (ml) santan kotak
1 biji telur
Sedikit pewarna hijau perasa pandan
Secubit garam
9 gm agar-agar tali
700 ml air
3 senduk nasi gula

Cara penyediaan:
1-Ambil bekas, bubuh tepung jagung, santan, telur, pewarna dan garam. Kacau sebati sehingga menjadi cair seperti puding. Pastikan tidak berketul-ketul. Biarkan seketika.

2-Ambil roti pandan. Potong bahagian tepi. Bahagian tepi itu jangan dibuang. Sebaliknya bahagian tepi itu dikisar untuk dijadikan serbuk hiasan atas puding setelah siap nanti.

3-Dalam periuk lain, masukkan agar-agar, air dan gula. Masak agar-agar sehingga gula larut dan cair.

4-Setelah agar-agar cair, masukkan bahan puding tadi.

5-Kacau campuran agar-agar dan puding hingga sebati. Pastikan puding tidak berketul-ketul. Masak sehingga berkilat rupanya.

6-Ambil loyang dan bubuh puding di dalamnya.

7-Ambil roti dan susun atas adunan puding yang terletak di dalam loyang.

8-Setelah siap menyusun roti, tuangkan adunan puding tadi ke atasnya. Pastikan ia menutupi keseluruhan roti yang disusun tadi.

9-Taburkan serbuk roti hiasan di atas puding roti yang telah siap.

10-Sejukkan terlebih dahulu. Setelah siap disejukkan bolehlah dipotong dan dihidangkan.

Terima kasih: Rozita Daud
Facebook: Rozita Daud/ https://www.facebook.com/rozita.daud.96 https://www.facebook.com/groups/MasakApaHariNiMAHN.my/posts/3783311455325476

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN