Mukadimah Vaksinasi Covid-19 sudah umpama parti politik, memisahkan masyarakat kepada dua kelompok. Ada yang bersetuju dan sukarela mengambil suntikan, sementara segelintir pula menolak sekeras-kerasnya. Maka, umpama penyokong satu-satu parti, wujudlah jurang pemisah antara satu dengan lain. Sebagai manusia yang mempunyai hak membuat pilihan, semestinya ramai pihak prihatin terhadap nasib yang bakal menimpa kumpulan enggan divaksin ini. Ini kerana, segala pergerakan dan aktiviti mereka akan disekat, seolah-olah terpenjara dalam kebebasan. Merumitkan…