MELAKA: Harta karun di Pulau Nangka dekat sini didakwa bukan cerita dongeng, malah pulau kecil itu dikatakan pernah menjadi kawasan perbendaharaan ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka yang dianggarkan bernilai trilion ringgit. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Persatuan Sejarah dan Warisan Melayu Duyong (Pesawad), Khalid Hussin berkata, banyak pihak sebelum ini menunjukkan minat dan cuba untuk membawa keluar harta berkenaan, namun tidak berjaya. Jelasnya, perbuatan itu hanya akan membawa padah. Malah,…