Drama bersiri viral Squid Game menyebabkan Dalgona Candy mula digemari ramai di seluruh dunia. Dalgona berasal daripada perkataan Dalgoona yang bermaksud manis. Dalgona diyakini telah muncul di tahun 60-an di Busan, Korea Selatan.
Dalgona candy ini diperbuat daripada gula dan baking soda. Gula-gula atau candy ini mempunyai tekstur seperti sarang lebah yang keras.
Penjual jalanan di Korea Selatan akan membuatnya dengan menggunakan senduk sup dan menjadikannya gula-gula bulat dengan bentuk pada bahagian tengahnya. Bentuk di tengah itu biasanya berbentuk bulatan, bintang, segitiga atau payung.
Gula-gula ini mempunyai rasa karamel yang manis dan teksturnya cair di mulut apabila dimakan.
Resipi Dalgona Candy
Bahan-bahan:
1 sudu makan gula
Secubit baking soda
*Secubit garam – Ini pilihan. Kalau tak nak bubuh tidak mengapa.
Bahan-bahan lain:
Senduk besar
Chopstick
Baking paper
Acuan
Cara penyediaan:
1-Ambil senduk besar dan gunakan sebagai acuan dan letakkan pada api dapur yang perlahan.
2-Masukkan gula ke dalam senduk. Kacau gula menggunakan chopstick.
3-Apabila gula mula mencair, letakkan baking soda dan garam. Kacau laju-laju adunan ini.
4-Setelah cair dan siap dimasak, tuangkan adunan ini ke atas baking paper.
5-Ambil pinggan atau acuan yang anda suka. Tekap pada gula-gula ini.
6-Siap dan boleh dimakan.
Boleh juga dibuat minuman
Candy ini juga boleh dibuat minuman. Berikut adalah resipinya.
Bahan-bahan:
200 mililiter (ml) susu fresh milk
Sedikit ais
30 gm dalgona candy
Cara penyediaan:
1-Tuangkan susu ke dalam cawan yang berisi ais.
2-Hancurkan secara kasar dalgona candy dan letak ke dalam susu berais ini. Boleh letak dalgona candy pada bahagian atas sekali.
Terima kasih: Arni Erma Harriati Adnan
Facebook: Arni Erma Harriati Adnan/ https://www.facebook.com/arniermaharriati.adnan
https://www.facebook.com/groups/MasakApaHariNiMAHN.my/permalink/3777718599218095










