Ikan siakap boleh dimasak dalam pelbagai jenis cara. Ia juga antara sajian popular di di restoran makanan Thai. Salah satu menu popular yang menggunakan ikan siakap adalah ikan siakap stim atau kukus.
Sajian jenis kukus ini, sesuai buat individu kurang suka makanan berminyak.
Namun salah satu masalah dihadapi oleh penggemar ikan adalah bagi memastikan bau hanyir ikan itu hilang setelah siap dimasak. Ikuti tips ini untuk menghilangkan bau hanyir ikan.
Resipi ikan siakap stim ala Thai
Bahan-bahan:
Seekor ikan siakap
2 biji limau nipis
1 batang serai
5 hirisan halia
3 tangkai cili padi merah
3 tangkai cili padi hijau
5 ulas bawang putih
1 batang daun ketumbar
Setengah kiub pati ayam
Sos ikan
Cara kukus ikan:
1-Bersih ikan siakap dan hiris bahagian badannya.
2-Masukkan halia dan serai ke dalam perut ikan.
3-Perah jus limau nipis ke atas ikan untuk menghilangkan bau hanyir.
4-Kukus ikan ke dalam pengukus selama 5 minit dan biarkan seketika pada api perlahan.
Cara masak kuah:
1-Cincang kasar bawang putih.
2-Gorengkan bawang putih yang telah dicincang di dalam kuali sehingga warna keemasan. Kerangupan bawang putih goreng menaikkan aroma ikan siakap stim.
3-Padamkan api kuali langsung masukkan sedikit air suam, setengah kiub pati ayam, 4 sudu besar sos ikan, 1 sudu kecil gula, cili hijau dan merah, lebihan serai dan perahan jus limau.
4-Rasa kuah, sekiranya termasin tambah sedikit air.
5-Kacau kuah sehingga sebati.
6-Langkah terakhir, tuangkan kuah stim ke atas ikan siakap dan taburkan hirisan daun ketumbar.
7-Kukus lagi ikan siakap bersama kuah selama 3 minit.
8-Siap.
Terima kasih: Zurina Zulkefli
Facebook : Zurina Zulkefli/ https://www.facebook.com/zurina.zulkefli
https://www.facebook.com/groups/MasakApaHariNiMAHN.my/permalink/3243951789261448










