Baru-baru ini tular perkongsian cara membuat kulit ayam goreng menggunakan telur. Sebenarnya tidak digalakkan untuk makan kulit ayam goreng kerana ia tidak baik untuk kesihatan.
Tetapi bagi yang teringin untuk makan dan mencuba resipi viral ini boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Siti Zalikha ini.
Cara membuatnya tidak susah dan bahan-bahan yang digunakan pula tidak terlalu banyak. Rupa telur ini setelah siap digoreng seakan kulit ayam yang telah digoreng. Rasanya sedap juga bila dimakan.
Resipi dan cara buat telur goreng crispy viral
Bahan-bahan:
2 biji telur
Sedikit perencah secukup rasa
Sedikut cili flakes/ kepingan serbuk cili kasar
Serbuk Tepung Bestari
Air
Minyak untuk menggoreng
Cara penyediaan:
1-Ambil telur, pecahkan dan kacau seperti hendak membuat telur dadar.
2-Panaskan kuali tak melekat atau non stick pan. Gorengkan telur ini. Lagi nipis lagi bagus.
3-Setelah telur siap digoreng, angkat dan celup telur tersebut ke dalam serbuk tepung Bestari.
4-Kemudian celupkan pula ke dalam air. Dan selepas itu celup semula ke dalam serbuk tepung Bestari.
5-Setelah siap disalut tepung Bestari, bolehlah goreng telur ini ke dalam minyak yang panas. Pastikan api tidak terlalu kuat agar telur yang digoreng tidak hangus.
6-Goreng sehingga rangup. Setelah itu bolehlah diangkat dan dihidang. Setelah siap rupanya seakan kulit ayam.
Terima kasih: Puan Siti Zalikha
Facebook: Puan Siti Zalikha /https://www.facebook.com/cari.nur.7
https://www.facebook.com/groups/1399614277028551/user/1833952032










