Generasi Malaysia era 1980-an sudah tentu merindui suara gemersik dan jiwa patriotisme Penghibur Nombor Satu Asia, Datuk Sudirman Haji Arshad. Walaupun sudah 29 tahun pemergian Allahyarham menemui Sang Pencipta-Nya pada 22 Februari 1992, jiwa dan lagu-lagu patriotiknya tetap malar segar di hati peminat generasi baharu. Lagu-lagu patriotik seperti Tanggal 31 Ogos dan Warisan akan kembali berkumandang di mana-mana sahaja terutama di majlis sambutan bulan kemerdekaan. Menjelang hari raya pula lagu…










