Resipi buko pandan Filipina - Utusan Malaysia

Resipi buko pandan Filipina

Buko pandan Filipina.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Buko pandan Filipina, manisan penuh berkrim sarat dengan pelbagai isi sedap dinikmati sebagai minum petang.

Boleh cuba resipi buko pandan Filipina yang dikongsikan oleh Aisyah Humaira ini. Bahan-bahan untuk utama membuatnya adalah biji sagu, agar-agar perisa pandan dan isi kelapa muda yang dicampur dalam kuah atau sos lemak berkrim.

Boleh juga ditambah bahan-bahan lain seperti laici atau longan dan bahan-bahan lain sebagai pelengkap. Ia boleh dimakan terus atau disimpan di dalam peti sejuk. Jika disimpan dengan baik boleh tahan antara tiga hingga empat hari. Selamat mencuba.

Bahan-bahan:

1 pekat agar-agar serbuk perisa pandan – masak dan bekukan ikut arahan dari belakang bungkusan
1 cawan teh biji sagu cara masak lihat disini #sagudapurpolis
1 sudu kecil coconut Pandan Emulco
1 tin krimer sejat cair Saji Malaysia – jika kurang kuah boleh lebihkan
1 cawan teh whipping cream non diary – pukul tak perlu sampai kembang
1 cawan air gula – ikut manis yang disukai
1 mangkuk isi kelapa
1 mangkuk kecil Nata De Coco perisa kelapa – ambil isinya sahaja
Ais secukupnya
Buah longan jika suka
Setengah cawan biji selasih yg telah kembang -rendam dalam air panas

Nota: Buah laici yang tin lagi sedap dari mata kucing dan pastikan jangan masuk air laici.

Cara memasak biji sagu:

1-Didihkan air di dalam periuk. Setelah betul-betul air mendidih, baru masukkan biji sagu.
2-Sesekali kacau. Air mesti lebih dari biji sagu agar mudah proses masak. Masukkan perisa dan pewarna pandan. Boleh juga masukkan daun pandan.
3-Kacau seketika. Ketika ini akan ada warna-warna putih keluar pada air rebusan ini. Biarkan warna putih itu berubah menjadi jernih barulah angkat dan keluarkan biji sagu yang telah masak itu.
4-Tapis biji sagu yang sudah kembang dengan elok.
5-Basuh biji sagu dengan air. Sambil kacau-kacau itu bolehlah perlahan-lahan buang kanjinya.
6-Setelah siap boleh simpan biji sagu ini. Caranya adalah biji sagu ini ke dalam bekas yang dibubuh air sejuk. Simpan dalam peti sejuk.

Video cara masak sagu : https://www.facebook.com/hashtag/sagudapurpolis?__gid__=1399614277028551

Cara penyediaan buko pandan Filipina:

1-Satukan semua bahan isi dan kuah dalam bekas besar.
2-Masukkan ais dan seimbangkan rasa manis lemak krim ikut selera.
3-Buko pandan Filipina sudah siap bolehlah dimakan.

Terima kasih: Aisyah Humaira
Facebook: Aisyah Humaira/ https://www.facebook.com/nurul.roziantie.9
Video cara-cara buat buko pandan Filipina / https://www.facebook.com/100007371343236/videos/pcb.3720814468241842/535042910980253

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN