Hanya kerana tubuh, Kidd Santhe pernah jadi mangsa buli - Utusan Malaysia

Hanya kerana tubuh, Kidd Santhe pernah jadi mangsa buli

Kidd Santhe.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tidak dapat dinafikan, sejak dahulu lagi kes buli dilihat semakin berleluasa ekoran sikap agresif seseorang untuk melepaskan berang dan kemarahan terhadap individu yang lain yang dianggapnya lemah.

Lebih meruntun jiwa, ada segelintir mangsa buli mengalami tekanan emosi dan trauma akibat perbuatan si pembuli, sehinggakan takut serta tidak berasa seronok untuk ke sekolah.

Paling menyedihkan, apabila guru-guru tidak mengendahkan langsung luahan hati si mangsa buli ini sekaligus merasakan diri mereka tidak dihargai dan diketepikan sebagai pelajar.

Perkara ini diakui sendiri oleh penyanyi rap muda terkenal, Kidd Santhe yang pernah menjadi mangsa buli di zaman persekolahannya.

Gara-gara memiliki fizikal badan yang besar ketika di bangku sekolah, penyanyi lagu popular Haa Tepok itu sering dibuli dengan menggunakan bentuk fizikal untuk membahan dirinya.

Bagaimanapun, ujar Kidd sendiri, bagi memberi kesedaran tentang keburukan perbuatan buli, dia cuba menyampaikan mesej positif menerusi lagu terbaharunya berjudul Haa Aah.

“Kita perlu memahami apa maksud cerita dalam lagu ini, ia mengenai kisah anak kecil yang selalu dibuli dan cikgu pun tidak memberi ruang untuk dia menjelaskan perkara yang dihadapi semasa persekolahan.

“Lagu ini dan video mempunyai pelbagai mesej. Mungkin ini adalah interpretasi Kidd pada zaman persekolahan. Masa sekolah akan ada kejadian buli, serta da rakan yang tidak menyokong kita,” kongsinya ketika ditemu ramah.

Tambah Kidd lagi, Haa Aah juga adalah mengenai keyakinan diri serta bakat yang tidak pernah ditonjolnya ketika semasa zaman persekolahan.

“Seterusnya, video muzik lagu ini apa yang saya ingin mengetengahkan adalah keyakinan diri. Sudah tentu perkara yang paling penting untuk dilakukan semua orang adalah fokus kepada diri sendiri.

“Oleh itu, lagu ini adalah sebagai memperkenalkan diri saya. Ia merupakan pengalaman, sikap, keyakinan serta segala perkara yang saya perjuangkan dalam kehidupan ini.

Haa Aah ini juga berkisahkan si mangsa dituduh bahawa dia selalu membuat kesalahan, malah cikgu pun tidak berasa sukakan dirinya serta tidak mahu mendengar alasan untuk memberi ruang untuk menceritakannya,” katanya.

Pengalaman lampau, jiwa adalah rujukan cipta lagu.
Kongsi penyanyi rap popular itu, untuk menghasilkan sesebuah runut bunyi dan lirik yang menarik, dia membuat rujukan apabila mencipta lagu berdasarkan pengalaman dan jiwanya.

Dia juga menyifatkan setiap lagu yang diciptanya adalah ‘baby’. Maka, penciptaan setiap rangkap dan bunyi perlulah kesempurnaan.

“Saya mempunyai rujukan apabila mencipta lagu. Apabila menulis lagu, rujukannya adalah jiwa saya sendiri serta seni saya.

“Semua lagu adalah bagaikan ‘baby’ saya, setiap lagu yang saya hasilkan setiap rakaman perlukan kesempurnaan. Haah adalah ‘my baby’, jadi saya memilih orang yang tepat.

“Hal ini demikian kerana, lagu ini sebenarnya penting bagi kita semua jadi saya bersetuju bahawa Altimet adalah yang terbaik untuk bekerjasama menerusi single terbaharu ini,” ulasnya kepada Utusan Malaysia.

Menurut penyanyi rap lagenda tanah air, Altimet, dia menyatakan lirik dalam sesebuah lagu adalah penting dan sebagai titik tolak untuk dirinya turut bersama berkolaborasi dengan penyanyi rap yang lain.

“Kalau saya senang sahaja nak berkolaborasi dengan orang ini, jika saya suka lagu itu, saya akan berkolaborasi.

“Saya ada seratus lagu yang telah dirakam, kalau boleh saya tidak perlu rakam lagilah kan. Jadi apabila saya dapat demo lagu ini.

“Saya cari satu rangkap dan sudah dirakam yang sesuai dengan lagu ini ,selepas itu memang masuklah, sajak serta serasi dengan saya,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×