Sekali pandang, pasti ramai yang tidak menyangka teratak indah ini terletak di Malaysia. Berlatarkan rona putih dengan padanan elemen kayu di kawasan dalam dan luar rumah menampakkan suasana seakan berada di negara barat. Konsep kedesaan Inggeris itu jelas terpapar pada dekorasi rumah milik Asri Meris yang tersergam indah persis seperti yang selalu dilihat di Pinterest. Bukan sahaja terlihat luas dan lapang, malah kediaman berkenaan juga memberikan elemen tenang dan damai…