Tegas, profesional, berdedikasi dan penuh karisma. Itu karakter yang dilihat serta ditonjolkan oleh bekas Ketua Setiausaha Negara, Allahyarham Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid. Namun di sisi lain, arwah sebenarnya seorang yang penuh humor dan sangat mementingkan masa bersama keluarga. Farah Nabila Ayesha Abd. Rahman, 29, berkata, arwah datuknya merupakan seorang yang suka bergurau dan kelakar. “Bila orang jumpa dia, mesti semua ingat dia seorang yang serius dan tak boleh dibawa…