Ayam Madura membuka selera - Utusan Malaysia

Ayam Madura membuka selera

AYAM madura mudah disediakan dan membuka selera
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kadangkala tekak memang terasa hendak makan makanan bersantan.

Tetapi kebanyakan resipi bersantan perlu banyak bahan untuk disediakan dan ia membuatkan sesetengah individu berasa malas untuk memasak.

Resipi ayam madura, dengar nama seolah-olah ia adalah hidangan sukar untuk disediakan. Namun resipi ini sangat mudah dan cukup ringkas bahan penyediaannya.

Menurut Dayana Ezrin Jamaludin, 36, resipi tersebut merupakan pemberian dari nenek sahabat baiknya.

Apabila dia memasak Ayam Madura, anak-anak jatuh hati pada masakan itu dek rasa yang lebih kurang seperti ayam masak butter. Jom cuba resipi ini.

INSTAGRAM: @ladyzdayana

DAYANG EZRIN JAMALUDIN

 

Bahan-bahan:
8 ketul ayam (bahagian kepak atau isi mengikut cita rasa)
2 sudu pes cili giling
2 sudu serbuk kunyit
1 biji bawang besar
6 batang daun kari
2 biji cili hijau
1 sudu kicap manis
2 kotak kecil santan
1 sudu teh garam
2 sudu teh gula
Bahan-bahan yang perlu ditumis:
Bawang besar
Daun kari
Cili hijau

Bahan-bahan perap:
Cili giling
Serbuk kunyit
Ayam

Bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan ayam madura.

Cara-cara penyediaan:
Perap ayam menggunakan cili giling dan serbuk kunyit selama lima minit atau mengikut cita rasa.
Setelah habis diperap, goreng hingga separuh masak sahaja.
Kemudian angkat ayam dan toskan.
Dalam kuali yang sama, tinggalkan kira-kira lima sudu minyak.
Masukkan bahan-bahan tumis sehingga naik bau.
Masukkan ayam dan tumis bersama bahan-bahan tumis tersebut.
Kemudian masukkan pula santan, gaul dan pastikan santan tersebut masak.
Apabila santan sudah masak, masukkan pula kicap, garam dan gula.
Apabila semua bahan sudah sebati, kecilkan api kemudian tutup periuk sehingga semua masak sekata, tutup api sekiranya sudah masak.
Siap untuk dihidang dan dijamu bersama yang tersayang!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN