KOTAK kadbod terpakai biasanya akan dibuang atau dikitar semula.
Tetapi jika mempunyai haiwan peliharaan di rumah, kotak kadbod ini boleh sahaja dibina atau dikreatifkan menjadi rumah mesra alam buat haiwan kesayangan atau tempat si bulus bermain.
Jimat dan ia juga adalah salah satu daripada kaedah melestarikan alam sekitar. Kalau ingin beli siap set tempat bermain dan tidur si manja itu, harganya juga boleh tahan.
Menerusi idea kreatif dan inovatif seperti itu, orang ramai diajak untuk memanfaatkan penggunaan kotak kadbod secara kreativiti dengan mencipta rumah mesra alam haiwan peliharaan atau Eco Pet House seterusnya berpeluang memenangi frame dan soundbar Samsung melalui cabaran #FurTheWin anjuran Samsung Malaysia.
Cabaran #FurTheWin diilhamkan oleh konsep Eco-Package Samsung yang merupakan inisiatif syarikat untuk mengurangkan pelepasan karbon dan sebagai alternatif kepada pelanggan supaya peka terhadap alam sekitar.
Sejak awal 2021, Samsung telah memperkenalkan kotak pembungkusan bagi produk Lifestyle TV yang diperbuat daripada kadbod bergelombang mesra alam, membolehkan pelanggan atau pengguna memotong kotak dengan mudah dan memasangnya untuk pelbagai kegunaan lain seperti meja kecil atau rumah haiwan kesayangan.
Jadi, apa tunggu lagi? Jangan sia-siakan bakat kreatif bagi memenangi hadiah utama bernilai RM9,499 iaitu Frame QLED 4K Smart Lifestyle TV saiz 65 inci.
Selain itu, tempat kedua dan ketiga, masing-masing berpeluang memenangi Sero QLED 4K Smart Lifestyle TV bernilai RM6,999 dan Frame QLED 4K Smart Lifestyle TV berharga RM4,999 bersaiz 43 inci.
Juga 20 pemenang paling kreatif akan menerima Samsung HW-T400 2.0ch Soundbar bernilai RM499.
Untuk menyertai cabaran #FurTheWin, peserta mestilah merupakan pengikut Samsung Malaysia di Facebook, Instagram dan Twitter serta warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas bagi mengikut empat langkah mudah penyertaan seperti dinyatakan.
“Pertama, bina rumah haiwan peliharaan atau Eco Pet House menggunakan Eco-Packaging Samsung atau kotak kadbod biasa yang digunakan. Kemudian, tetapkan profil Instagram kepada umum dan muat naik gambar haiwan kesayangan bersama Eco Pet House yang dicipta.
“Langkah seterusnya, sertakan kapsyen kreatif dan gunakan tanda pagar #FurTheWin. Akhir sekali, ‘tag’ akaun Samsung Malaysia dan tiga kenalan atau rakan di Instagram. Peserta juga boleh melayari laman web http://www.samsung.com/my/offer/furthewin2021 untuk maklumat lanjut peraduan,” katanya.
Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sepanjang tempoh peraduan sehingga 19 September ini. Pemenang akan diumumkan di laman Facebook dan Instagram Samsung Malaysia.










