Sotong stim limau Thai, cuma kukus dan curahkan sos - Utusan Malaysia

Sotong stim limau Thai, cuma kukus dan curahkan sos

Sotong stim limau Thai
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bosan makan ayam atau daging? Bolehlah tukar kepada makanan laut seperti sotong. Sotong boleh dimasak dalam pelbagai cara.

Jika anda mahu hidangan sihat tanpa berminyak bolehlah cuba resipi sotong stim limau Thai yang dikongsikan oleh Hasniza Hassan ini. Rasanya yang pedas, masam dan manis menaikkan selera apabila dimakan.

Cara buatnya pun mudah. Cuma kukus sotong dan buat sos. Selepas itu gaul sotong dan sos sebelum dihidang buat keluarga tersayang. Selamat mencuba.

Resipi sotong stim limau Thai

Bahan-bahan:
½ kilogram (kg) sotong (potong bulat)

Bahan untuk sos:
6 ulas bawang putih (cincang halus)
6 cili api (cincang atau tumbuk)
3 biji limau nipis (ambil airnya)
2 tangkai daun ketumbar (hiris)
3 sudu besar kicap sotong
1 inci gula melaka
1 biji tomato (potong dadu)
1 ketul kiub ayam

Cara penyediaan:
1. Kukus sotong lebih kurang lima hingga tujuh minit. Pastikan jangan ada air.
2. Untuk sos, panaskan secawan air dan masukkan kiub pati ayam.
3. Bila sudah mendidih masukkan pula bawang putih dan gula Melaka.
4. Biarkan seketika hingga gula melaka larut.
5. Tutup api dan tunggu sekejap hingga panas berkurangan.
6. Apabila sos sudah suam masukkan cili, jus limau nipis, tomato dan daun ketumbar. Gaul sebati.
7. Setelah sebati sos ini boleh rasa. Kalau kurang masin tambahkan kicap sotong lagi. Dan kalau kurang masam boleh tambahkan jus limau nipis.
8. Kalau sudah elok sebati, gaulkan sos dengan sotong yang telah siap dikukus.
9. Boleh terus dihidang. Sedap.

Terima kasih: Hasniza Hassan.
Facebook : Hasniza Hassan / https://www.facebook.com/hasniza.hassan.5

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN