Sambal Padang kurang pedas - Utusan Malaysia

Sambal Padang kurang pedas

Sambal padang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sambal Padang adalah pelengkap yang perlu ada apabila masyarakat Minang makan nasi. Ia adalah sejenis sambal goreng yang diperbuat daripada campuran cili segar dan bawang.

Resipi sambal padang yang dikongsikan oleh Khabbab Jamalludin ini sesuai untuk ibu bapa yang ada anak-anak kecil yang kurang makan pedas. Rasanya tidak pedas seperti kebiasaan sambal padang yang anda biasa makan.

Tips bagi memastikan sambal tahan lama disimpan biarlah minyak itu lebih itu ketika memasaknya.

Sambal ini pelu disimpan dalam bekas kaca untuk lebih tahan lama. Untuk memastikan kesegarannnya, letakkan ia dalam peti sejuk. Selamat mencuba.

Resipi sambal Padang

Bahan-bahan:
(Agak-agak sahaja untuk selera sendiri)
Bawang besar sikit
Bawang putih sikit
Cili Merah
Cili Hijau
Cili Api
Sedikit air
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan lain
Asam keping
Gula
Garam
Limau purut
Perasa ajinomoto

Cara penyediaan:

1-Masukkan bawang besar, bawang putih, cili merah, cili hijau dan cili api dalam pengisar. Tambah sedikit air. Kisarkan semua bahan-bahan ini.
2-Tumiskan bahan-bahan kisar ini di dalam kuali berisi minyak panas.
3-Setelah tumisan itu bertukar warna cilinya, bolehlah perlahankan api dapur.
4-Tutup kuali dengan tudung. Sesekali buka dan kacau sekejap-sekejap.
5-Apabila hampir kesemua permukaan sambal ini sudah tertutup sedikit dengan minyak, masukkan asam keping, gula, garam dan daun limau purut. Boleh masukkan perasa sedikit.
6-Tutup seketika, biarkan ia mereneh.
7-Selepas lima minit, bolehlah tutup api dapur.
8-Setelah siap, cedok sambal dan simpan dalam bekas kaca. Simpan dalam peti sejuk untuk tahan lama. Setiap kali hendak guna, boleh cedok guna sudu bersih.

Terima kasih: Khabbab Jamalludin
Facebook: Khabbab Jamalludin / https://www.facebook.com/abufarhat
https://www.facebook.com/groups/1399614277028551/user/1454899271/

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×