Yong taufu adalah makanan popular di kalangan rakyat Malaysia.
Biasanya kalau hendak makan yong taufu terpaksalah beli di gerai atau kedai yang menjualnya. Kini anda boleh buat sendiri kuah yong taufu di rumah.
Ada yang suka makan yong taufu dengan kuah sup atau kuah sos pekat berwarna hitam. Ramai beli yong taufu di kedai sebab tidak tahu membuat kuahnya.
Kali ini apa kata anda boleh cuba buat sendiri kuah yong taufu yang dikongsikan oleh Maksu Kitchen ini. Selamat mencuba.
Kuah yong taufu
Bahan-bahan:
2 sudu taucu
3 cawan gula merah
2 sudu gula putih
5 sudu cili kering- dikisar
2 sudu sos cili
2 sudu kicap
1 sudu sos tomato
1 sudu kicap pekat
3 sudu otak udang
Sedikit air
Bahan-bahan untuk hidangan (celur terlebih dahulu)
Kangkung
Sosej
Fish Ball/ fish cake
Sotong kembang
Bebola ikan
Bebola lobster bulat besar
(Bahan-bahan hidangan boleh disesuaikan mengikut citarasa sendiri)
Cara membuat kuah yong taufu
1-Masukan semua bahan ke dalam periuk. Kacau dan biarkan kuah mendidih.Jika pekat boleh tambah air sedikit demi sedikit.
2-Pastikan kuah cukup manis,masin dan pedas. Boleh sos mudim sebab extra pedas. Sesuaikan dengan selera. Tidak perlu garam sebab kicap dan taucu sudah masin.
3-Setelah kuah siap dimasak boleh dituang ke atas bahan-bahan hidangan tadi.
4-Tabur kacang tanah dan bijan sebagai penyedap.
Terima kasih: Maksu Kitchen
Facebook : Maksu Kitchen / https://www.facebook.com/MaksuKitchenOfficial










