Ulam pucuk ubi ramai peminat. Selalunya pucuk ubi akan dimakan sebagai ulam dan lauk. Apa kata kali ini, cuba kelainan dalam menyediakan resipi pucuk ubi kukus masak lemak.
Buat penggemar sayur pucuk ubi, ini ada resipi baharu yang boleh dicuba. Walaupun pembuatannya agak renyah tetapi ia sedap dimakan.
Terima kasih Suzana Othman. Selamat mencuba.
Pucuk ubi kukus
Bahan A (Untuk pucuk ubi kukus)
1 ikat pucuk ubi- direbus dengan garam hingga lembut kemudian perahkan airnya.
10 biji telur
Garam
Cara penyedian pucuk ubi kukus:
1-Pecahkan telur dalam mangkuk masukkan sedikit garam kemudian pukul telur hingga kembang.
2-Sediakan loyang, oleskan sedikit minyak supaya tak melekat kemudian masukkan pucuk ubi ke dalam loyang.
3-Curahkan telur ke atas pucuk ubi, tekan-tekan supaya padat.
4-Panaskan pengukus, kukus pucuk ubi hingga masak. Cara nak tahu sama ada sudah masak atau belum ialah dengan menekan permukaan pucuk ubi. Kalau dah keras dan padat bermakna dah masak. Keluarkan dari pengukus, sejukkan pada suhu bilik. Bila dah betul-betul sejuk baru boleh potong mengikut saiz diingini.
Resipi pucuk ubi kukus masak lemak
Bahan B (untuk pucuk ubi kukus masak lemak)
1 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
Segenggam ikan bilis*
(Kisar bahan bertanda*)
Pucuk ubi yang sudah siap dipotong
1 kotak santan kelapa
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam
Minyak masak untuk menumis
Air secukupnya
Cara penyediaan pucuk ubi kukus masak lemak:
1-Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga garing.
2-Masukkan serbuk kunyit dan air secukupnya
3-Masukkan pucuk ubi yang sudah dipotong tadi ke dalam periuk ini.
4-Masukkan santan. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika suka.
5-Kacau perlahan hingga mendidih. Tutup api.
6-Taburkan cili merah semasa menghidang. Sudah siap.
Terima kasih: Suzana Othman
Facebook: Suzana Othman / https://www.facebook.com/suzana.othman.14
https://www.facebook.com/groups/1399614277028551/user/100000133498661/









