Nasi Khao Mok Gai penuh rasa - Utusan Malaysia

Nasi Khao Mok Gai penuh rasa

Nasi Khao Mok dihidangkan bersama salad, timun dan tomato.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pernah dengar nasi Khao Mok Gai Thailand? Hidangan ala-ala nasi beriani itu memang antara makanan wajib cuba jika melancong ke negara gajah putih itu.

Namun, disebabkan Covid-19 yang mengganas ketika ini bolehlah kita buat sendiri hidangan itu di rumah. Lebih selamat.

Seri kongsikan resipi daripada Noor Hayati Abdullah yang juga pemilik restoran Gle’wak Cafe di Kota Bharu, Kelantan yang mudah dan ringkas.

Nasi Khao Mok Gai (cadangan hidangan untuk 10 – 12 orang)

Bahan-bahan untuk nasi:
* 1 kilogram (kg) beras Basmathi
* 2 ekor ayam
* 4 sudu besar minyak sapi
* Minyak masak

* Rempah 4 sekawan
* Lada Hitam
* 8 ulas bawang merah – dihiris
* 8 ulas bawang putih – dihiris
* 2 inci halia – dihiris
* Daun salam
* Serbuk kunyit
* 6-7 sudu besar rempah Khao Mok
* Akar ketumbar
* Kiub pati Ayam
* Sedikit garam
* Sedikit gula
* 1/2 tin susu cair

NOOR HAYATI ABDULLAH, Instagram:
@kak_t68

Cara penyediaan:

Basuh beras, tos dan ketepikan.

Panaskan kuali dengan sedikit minyak yang dicampur sedikit minyak sapi.

Goreng rempah kasar.

Tumis bawang merah,bawang putih dan halia.

Setelah bahan tumisan keperangan, masukkan rempah khao mok dan sedikit serbuk kunyit. Tambahkan sedikit air dan tumis sekejap.

Masukkan air lagi, akar ketumbar, kiub pati ayam dan ayam.

Perasakan dengan sedikit garam dan gula.

Rebus ayam hingga tiga suku masak kemudian angkat, tos dan ketepikan.

Air rebusan tadi bolehlah dituangkan dalam periuk nasi bersama susu cair ke dalam beras yang hendak dimasak.

Sukatan air mengikut sukatan beras masing-masing.

Beras sedia untuk dimasak.

Biarkan nasi masak seperti biasa.

(Nota: Sekiranya tak ada rempah khao mok, boleh ganti dengan campuran rempah kari daging,serbuk jintan manis,serbuk jintan putih dan serbuk ketumbar).

Ayam goreng berempah
Bahan-bahan:

* Ayam
* Tepung jagung
* Garam
* Kiub pati ayam
* Serbuk kari ayam
* Serbuk kunyit
* Serbuk cili
* Daun kari

Bahan-bahan kisar:
* Bawang merah
* Bawang putih
* Halia
* Serai
* Jintan putih
* Jintan manis
* Ketumbar

Cara penyedian:
Perap ayam dengan bahan kisar bersama bahan-bahan lain. Lagi lama perap lagi sedap.

Ayam sedia digoreng. Pastikan goreng dalam minyak yang banyak dan api sederhana.

Bahan-bahan sos:
* Lada merah
* Cili api
* Bawang putih
* Sos ikan
* Jus limau atau cuka makan
* Gula kabung Thailand atau gula perang
* Garam
* Sedikit air
* Hirisan daun ketumbar

Cara penyediaan:

Kisar semua bahan kecuali daun ketumbar.

Tuang semua bahan kisar ke dalam periuk untuk dimasak. hingga mendidih dan pekat.

Taburkan hirisan ketumbar.

Siap untuk sajian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN