Kuih tiram atau dipanggil juga sebagai lidah buaya, ranggup dan manis. Ia selalu dijadikan kudapan minum petang ataupun malam.
Buat penggemar kudapan ini bolehlah mencuba resipi yang dikongsikan oleh Riesha Rieshaliena.
Pembuatannya tidak sukar, tetapi agak renyah dan memerlukan kesabaran. Sebab itulah ramai yang membuatnya dalam kuantiti yang banyak. Sekali buat terus banyak sebab boleh disimpan.
Selamat mencuba.
Resipi Kuih Tiram
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum cap rose (ayak)
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar marjerin sejuk dari dalam peti ais
1 cawan air paip (tak habiskan)
1 cawan gula (kisar sehingga halus)
Bahan-bahan pelekat:
5 sudu besar tepung ubi
7 sudu besar minyak masak
Cara membuat pelekat:
1-Campurkan tepung ubi dan minyak masak.
2-Gaul sebati sehingga menjadi pelekat.
Cara penyediaan:
1-Campurkan tepung, minyak dan marjerin terlebih dahulu. Gaul bancuhan adunan ini sehingga sebati.
2-Gaul dan ramas adunan ini sehingga jadi seperti serbuk roti. Selepas itu barulah bubuh air sedikit demi sedikit dahulu sehingga menjadi doh.
3-Ambil sedikit doh untuk digelek. Uli secara memanjang dan menipis.
4-Sapu pelekat pada doh yang telah digelek nipis tadi.
5-Selepas itu gulungkan bagi kemas dan padat. Selepas itu potong kecil-kecil doh (anggaran ½ inci) menggunakan pisau.
6-Picit sikit doh dengan jari sebelum digelek dengan penggelek. Jangan gelek kuat sangat nanti tidak timbul kelopak.
7-Canai dan gelek sekali lagi doh tadi sehingga nipis. Jangan tebal kerana takut isi dalam mentah dan tidak masak dan rangup apabila digoreng.
8-Perlulah tarik kedua-dua hujung bahagian sebelum meletakkannya ke dalam minyak untuk digoreng.
9-Goreng hingga warna berubah menjadi kekuningan dan nampak rangup.
10-Setelah kuih tiram sejuk bolehlah dilumur dengan gula halus.
Terima kasih: Riesha Rieshaliena
Facebook: Riesha Rieshaliena / https://www.facebook.com/riesha.rieshaliena
https://www.facebook.com/groups/940772822933012/user/100035510326394/










