Fotografi petir yang ‘bahaya’ - Utusan Malaysia

Fotografi petir yang ‘bahaya’

TETAPAN pada kamera; Menggunakan kamera mirrorless, Lensa 17mm, Kelajuan pengatup 1/0 saat, Bukaan f/6.3, ISO 250.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Berjinak-jinak dengan fotografi landskap kira-kira 15 tahun. Senang dengan panggilan Pak Chu Lan atau nama sebenar Roslan Juwair, beliau berlatarbelakangkan muzik.

Mula mendalami fotografi mengambil gambar petir sejak lima tahun. Untuk hari ini, Pak Chu berkongsi persediaan dan tip sebelum mengambil fotografi petir.

Keselamatan – Elakkan berada di kawasan terbuka, terutama jika terdapat air, pokok tinggi atau struktur lain yang berdekatan.

Panduan – Mengikuti perkembangan kaji cuaca dari semasa ke semasa.

Kamera – Kamera DSLR atau pun mirrorless yang paling sesuai untuk merakam gambar kilat.

ROSLAN JUWAIR

Tripod – Anda akan mendedahkan kelajuan pengatup yang lama (mungkin bermula dari lima saat atau lebih bergantung kepada latar hadapan), sokongan yang kukuh kepada kamera sangat penting.

Pelepas kabel untuk kilat (lightning trigger) – Ada beberapa jenama yang kerap digunakan oleh jurufoto seperti MIOPS dan Pluto. Ia antara sensor yang sesuai dan memberi tindak balas dengan cepat ketika petir di langit.

Lokasi dan masa – Jarakkan diri anda dengan ribut petir sekitar lapan hingga 12km. Berada di kedudukan yang jauh kita akan dapat melihat keseluruhan tembakan petir.

Ia juga dapat membantu kita untuk mengawal lensa dan framing kamera.

Jurufoto yang ingin memulakan genre ini, perlu meminta pandangan mereka yang profesional atau yang berpengalaman sebab ia adalah antara fotografi yang merbahaya dan berisiko.

Berikut, Pak Chu Lan kongsikan beberapa keping gambar yang dibidiknya. Selamat mencuba!

 

 

 

 

TETAPAN pada kamera; Menggunakan kamera mirrorless, Lensa 50mm, Kelajuan pengatup 1/0 saat, Bukaan f/8, ISO 100. 
Tetapan pada kamera; Menggunakan kamera mirrorless, Lensa 22mm, Kelajuan pengatup 1/0 saat, Bukaan f/11 , ISO 100.
TETAPAN pada kamera; Menggunakan kamera mirrorless, Lensa – mm, Kelajuan pengatup 1/0 saat, Bukaan – ISO 100.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×