Cempedak madu goreng, manis dan rangup - Utusan Malaysia

Cempedak madu goreng, manis dan rangup

Cempedak goreng.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sekarang ini kalau kita lihat di tepi jalan pasti ada gerai atau lori menjual buah cempedak. Buah ini sedap dimakan begitu sahaja. Namun bagi yang rajin pasti akan menggoreng buah cempedak untuk hidangan keluarga.

Resipi dan cara membuat cempedak goreng mudah sahaja. Petua untuk membuat cempedak goreng itu rangup adalah dengan membancuh tepung dengan air sejuk yang dicampur dengan beberapa ketul ais batu.

Adunan bancuhan tepung ini sebenarnya banyak kegunaannya. Bagi yang suka makan semua makanan bergoreng seperti pisang, ubi, ikan, makanan laut dan sebagainya, bolehlah guna bancuhan adunan yang sama ini.

Walaupun makanan yang digoreng itu telah sejuk, namun kerangupannya tetap tahan lama. Bolehlah cuba ikut resipi yang dikongsikan ini.

Resipi cempedak madu goreng rangup

Bahan-bahan:

1 biji cempedak madu
2 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam
Sedikit air kapur (hujung sudu kecil)
1 biji telur
Pewarna kuning telur
Ais (4 atau 5 ketul) – rahsia tepung rangup tahan lama
Air sejuk (jangan cair atau pekat sangat) nanti ais akan mencair
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

1-Masukkan semua bahan-bahan kering ke dalam satu bekas.
2-Kemudian masukkan telur, air kapur, pewarna, air sejuk dan ais.
3-Bancuh adunan ini perlahan-lahan. Pastikan bancuhan adunan ini tidak terlalu cair.
4-Ambil buah cempedak dan celup ke dalam adunan bancuhan tepung tadi.
5-Selepas itu bolehlah goreng buah cempedak yang telah disalut tepung ini di dalam minyak yang panas.
6-Goreng cempedak sehingga kekuningan dan masak. Setelah masak, bolehlah angkat dan tos.

Terima kasih: Rohani Mat Nor
Facebook : Tuan Adriana Arissa
https://www.facebook.com/groups/1399614277028551/user/100003489530215/

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN