Kalau ternampak buah jambu atau mempelam mesti hendak makan. Tetapi mana lengkap makan buah-buahan tersebut tanpa dicecah dengan serbuk colek. Rasa serbuk colek yang pedas manis pasti menambah kesedapan menikmati buah-buahan ini.
Khas buat peminat serbuk colek, apa kata cuba buat resipi dikongsikan oleh Mimbariah Yusof ini. Serbuk colek kering ini hanya guna empat bahan sahaja.
Buat dalam kuantiti banyak, boleh disimpan sebagai stok. Setiap kali hendak makan buah, bolehlah ambil serbuk colek ini dan campur bersama.
Awas! Serbuk colek ini agak pedas. Boleh kurangkan cili jika tidak mahu terlalu pedas. Selamat mencuba.
Resipi serbuk colek kering
Bahan-bahan:
1 cawan udang kering
2 inci belacan
10 biji cili kering
1 ½ cawan gula
Udang kering (1 cawan)
Cara penyediaan:
1-Potong cili kering, cuci bersih, toskan sampai kering airnya.
2-Kemudian goreng semua bahan kecuali gula. Goreng tanpa minyak (sangai) hingga cili, belacan dan udang garing.
3-Sejukkan dahulu sehingga betul-betul sejuk.
4-Apabila sudah sejuk, kisar kering bahan yang telah digoreng. Masukkan gula ke dalam bahan yang hendak dikisar tadi.
5-Masukkannya serbuk colek ini ke dalam bekas untuk disimpan.
Terima kasih: Mimbariah Yusof
Facebook: Mim Yusof / https://www.facebook.com/mimbariah
https://www.facebook.com/groups/1399614277028551/user/100000575945157









