Bihun goreng Singapura, lembut dan tidak hancur - Utusan Malaysia

Bihun goreng Singapura, lembut dan tidak hancur

Bihun goreng Singapura.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kalau anda penggemar bihun goreng, pasti akan menyukai bihun goreng Singapura atau lebih selalu disebut sebagai bihun Singapore.

Berbeza dengan bihun goreng yang biasa kita lihat, bihun goreng ini berwarna putih.

Rasanya juga sedikit berbeza iaitu pedas sebab banyak guna lada hitam.

Bihun goreng Singapura

Bahan kisar:
3-4 biji bawang merah
5-6 biji bawang putih
1 sudu lada hitam
2 sudu udang kering
2 inci halia

Bahan lain:
400 gram bihun (Jenama Faiza, bihun lembut dan tak mudah hancur)
Udang (dibuang kulit)
Isi ayam
Fish Cake
Daun kucai
Lobak merah
Cili
Garam/Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak, masukkan bahan kisar.
2. Masukkan isi ayam, fishcake dan udang. Masukkan garam dan gula.
3. Masukkan bihun, lobak merah, kucai dan cili. Kacau dan goreng.
4-Setelah bihun siap bolehlah diangkat. Bihun goreng Singapore sedap dimakan bersama sambal kicap.

Terima kasih : Zaky Mat Ali
Facebook : Zaky Mat Ali / https://www.facebook.com/zakymatali

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN