Ayam semur, masak kicap versi masyarakat Jawa - Utusan Malaysia

Ayam semur, masak kicap versi masyarakat Jawa

Ayam masak semur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kalau kehabisan idea menyediakan menu untuk keluarga, sajian masak kicap yang paling mudah disediakan dan digemari ramai.

Ada banyak resipi dan cara penyediaan ayam masak kicap. Kali ini apa kata anda belajar buat ayam masak kicap versi Jawa, Indonesia yang lebih dikenali dengan nama ayam masak semur.

Selain kicap bahan utama, perlu ada dalam masakan ini adalah kentang dan tomato. Sekali masak lauk ini mesti ada yang ulang makan dua tiga kali. Senang dimasak, sedap pula dimakan.

Resipi ayam masak semur

Bahan-bahan:

½ ekor ayam – dipotong
1 biji bawang Holland – dihiris
4 ulas bawang merah – dihiris
4 ulas bawang putih – dihiris
½ inci halia – dihiris
2 biji cili hidup – dipotong
2 biji kentang – dipotong dadu
2 biji tomato -dipotong dadu
Rempah empat sekawan
5 sudu besar kicap manis
1 kiub ayam
Sedikit lada sulah
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng dan menumis
1 mangkuk air

Cara penyediaan:

1- Panaskan kuali dan minyak masak untuk goreng ayam. Goreng ayam hingga masak (tak perlu garing). Ketepikan dahulu ayam goreng yang telah siap digoreng tadi.

2- Panaskan satu senduk baki lebihan minyak goreng ayam tadi. Abaikan kerak yang terdapat pada kuali. Nanti kerak tersebut akan sebati dengan masakan.

3- Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau atau garing.

4- Masukkan cili hidup dan rempah empat sekawan.

5- Masukkan bawang holland tumis sehingga sedikit layu.

6- Masukkan kicap manis dan kacau sehingga semuanya sebati.

7- Masukkan ayam goreng tadi. Kacau sehingga kicap sebati dengan ayam.

8. Masukkan kentang dan tomato yang telah dipotong. Masukkan semangkuk air. Kalau suka berkuah lebih, boleh lebihkan air.

9- Masukkan gula dan garam dan kiub ayam dan kiub ayam. Perasakan dengan sedikit serbuk lada sulah.

10 – Biarkan mereneh antara 10 hingga 15 minit supaya kuah betul-betul meresap ke dalam isi ayam. Tutup api setelah ayam masak semur siap dimasak.

Terima kasih : Mohd Rozmie Mat Daud /Dari Dapur MR
Facebook : Mohd Rozmie (JimieRay)/ https://www.facebook.com/JimieRay
https://www.facebook.com/groups/673588629343759/user/1817810150

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN