KUALA LUMPUR: Notis usul undi percaya perlu dihantar kepada Speaker Dewan Rakyat selewat-lewatnya 23 Ogos ini, iaitu 14 hari sebelum sidang Parlimen dibuka pada 6 September. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, perkara itu telah dimaklumkan Setiausaha Dewan Rakyat kepada semua ahli parlimen pada 6 Ogos lalu. “Mengikut Peraturan Mesyuarat, apa-apa usul termasuklah usul undi percaya ataupun tidak percaya mestilah diberi pemberitahu sekurang-kurangnya 14…










