Son Don Pyo bebas Covid-19 - Utusan Malaysia

Son Don Pyo bebas Covid-19

Dong Pyo disebut-sebut sebagai kontak rapat kepada Minhyuk.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Bintang sensasi Korea, Son Don Pyo disahkan bebas jangkitan Covid-19 setelah melalui ujian saringan virus tersebut.

Menurut portal hiburan Allkpop, perkembangan itu disahkan pihak pengurusannya, DSP Media menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan baru-baru ini.

“Son Dong Pyo dan kakitangan kami disahkan bebas Covid-19. Dong Pyo bukan kontak rapat kepada individu dijangkiti.

“Namun beliau telah melakukan pengasingan kendiri selepas menjalani ujian saringan bersama kakitangan kami yang lain” jelasnya.

Dong Pyo sebelum ini dikhuatiri dijangkiti virus berkenaan setelah dia disebut-sebut sebagai kontak rapat kepada penyanyi ternama, Minhyuk yang disahkan positif Covid-19.

Kedua-dua selebriti tersebut muncul menerusi program muzikal popular, On Air – Spin Off yang turut menampilkan penyanyi, Baek Ah Yeon dan anggota kumpulan iKon, Kim Jin Hwan.

Dalam perkembangan berkaitan, Ah Yeon juga telah disahkan bebas Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN