Peluang menang PS5 dengan belanja RM20 di Dreamshop - Utusan Malaysia

Peluang menang PS5 dengan belanja RM20 di Dreamshop

Rosalie Lin menjelaskan Dreamshop turut memperkenalkan pelan ansuran 0 peratus.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Belanja RM20 dalam satu resit di platform e-dagang, Dreamshop.com.my (Dreamshop), mana tahu tuah menjadi milik anda apabila berpeluang menang permainan video Playstation 5 (PS5) Sony.

Ketua Pegawai Eksekutif DCR Marketing, syarikat induk Dreamshop, Rosalie Lin berkata, tiada had yang ditetapkan untuk jumlah penyertaan sebaliknya pelanggan mempunyai peluang lebih tinggi untuk menang dengan menghantar seberapa banyak penyertaan.

“Kami akan umumkan seorang pemenang pada setiap bulan. Pemenang akan diumumkan di Laman Facebook Rasmi Dreamshop pada Ogos dan September nanti,” katanya.

Peraduan itu bersempena kempen nasional ‘Win a Sony PS5 with Dreamshop’ yang bernilai RM2,299.

Selain itu, Rosalie berkata, Dreamshop turut memperkenalkan pelan ansuran 0 peratus tanpa faedah sehingga 36 bulan dengan kerjasama 10 buah bank sekali gus menjadi platform e-dagang pertama yang menawarkan pelan ansuran terpanjang di Malaysia.

“Pelanggan di Dreamshop boleh berbelanja dan membayar pembelian mereka menerusi pelan ansuran bulanan 0 peratus tanpa faedah sehingga 36 bulan dengan membahagikan pembayaran kepada jumlah terkawal yang lebih kecil.

“Bukan itu sahaja, pelanggan juga dapat menikmati tawaran promosi dan potongan khas sehingga 60 peratus dan RM10 hingga RM40 bagi setiap pembelian atau pesanan tertakluk terma dan syarat setiap bank,” katanya.

Antara bank yang menawarkan pelan ansuran 0 peratus tanpa faedah di Dreamshop antaranya adalah Maybank, Cimb, Hong Leong, Public Bank dan RHB.

Maklumat lanjut kunjungi laman sesawang dreamshop.com.my dan laman media sosial Dreamshop untuk maklumat lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN