Pek makanan Perancis sedia dihidang - Utusan Malaysia

Pek makanan Perancis sedia dihidang

Daphane Loke.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JIKA rindu dengan sajian pembuka selera Perancis, bolehlah mencuba pek hidangan Saybons dalam pek mudah bawa.

Pengasas dan Cef Eksekutif Saybons, Daphane Loke berkata, beliau mengambil pendekatan segar dan inovatif dalam menyajikan keenakan masakan Perancis yang boleh dinikmati semua tidak kira di mana sahaja berada.

“Saybons diilhamkan daripada frasa Perancis ‘C’est si bon’ yang bermaksud ia amat bagus. Walaupun dalam bentuk pek, tetapi kami masih mengekalkan keaslian rasa, bahan ramuan yang paling segar, disempurnakan pula dengan teknik kulinari klasik Perancis.

“Hidangan ini dipek menggunakan teknologi terbaik dengan tawaran harga yang berpatutan. Penyediaannya juga cukup mudah. Hanya perlu menunggu beberapa minit sahaja, sajian pasta atau sup enak lagi berkhasiat sudahpun sedia untuk dimakan tanpa perlu terkejar-kejar masa dan mengabaikan waktu makan,” katanya.

Ada empat jenis pembuka selera yang diperakui halal iaitu Sup Cendawan Liar, Sup Makanan Laut Bisque, Sup Kentang dan Leek serta Sup Tomato Segar, seenak seperti dari restoran Perancis.

Saybons yang menghidangkan sajian Perancis lazat sejak 2007 ini turut menawarkan pelbagai pek makanan popular yang sedia untuk dihidang iaitu Pasta Pots, Stews dan Broths serta Pek Take Home Soup.

Setiap pek dapat menjamu sehingga tiga orang dan sesuai untuk seisi keluarga. Ia juga boleh menjadi pelengkap bahan dan dijadikan asas untuk pasta, rebusan stew serta hidangan kaserol yang menyelerakan.

Saybons merupakan kumpulan syarikat yang menawarkan pengalaman makanan santai Fusion French pertama di Singapura dan kini melebarkan sayapnya ke Malaysia buat pertama kalinya bagi menawarkan keenakan rasa hidangannya yang boleh dinikmati semua dengan harga yang berpatutan.

Semua pek hidangan Saybons boleh didapati di cawangan terpilih Village Grocer, Big and BSC Fine Foods serta secara dalam talian di https://www.bites.com.my/ dan https://www.happyfresh.com/.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×