Mona Din tidak akan berhenti tegak keadilan untuk Bella, #justiceforbella - Utusan Malaysia

Mona Din tidak akan berhenti tegak keadilan untuk Bella, #justiceforbella

Mona Din bersama suami dan anak angkat istimewa mereka, Nadira. (Gambar atas: Tubuh Bella kesan didera pihak tidak bertanggungjawab.).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) dipercayai didera tanpa belas kasihan yang tular di media sosial baru-baru telah menarik perhatian netizen.

Bella, 13 menghidap Down Sindrom.

Dia dipercayai tidak mempunyai keluarga, hidup sebatang kara, dan hanya mengharapkan belas kasihan orang ramai.

Mona Din dalam laman Facebooknya memberitahu, Bella ketika ditemui mengalami kesan lecur teruk di badan, di pusat kebajikan yang terletak di Kuala Lumpur.

Mona Din turut mendedahkan kekejaman yang berlaku terhadap Bella dan memohon keadilan buat anak istimewa itu dengan tanda pagar #justiceforbella. Hingga kini kes masih dalam siasatan pihak polis.

“Anak ini adalah Bella, kawan setempat anak syurga saya Nadira dulu, tahun lepas telah diambil sebagai anak angkat oleh khabarnya owner (pengasas) satu NGO (badan bukan kerajaan) dan gambar-gambar ini adalah hasil daripada perbuatan durjana mereka terhadapnya. Penderitaan Bella akibat disiram air panas dan mungkin lain-lain kekejaman dengan parut lama dan luka-luka baru.

“Hari ini saya menerima surat peguam mewakili pihak berkenaan untuk saya memohon maaf secara terbuka. Untuk pengetahuan mereka, saya tidak akan berhenti membela nasib Bella sehingga si pendera menerima hukuman dan masuk penjara,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambah Mona, kesan melecur yang disyaki akibat simbahan air panas. Parut baru dan lama adalah disyaki bukti wujudnya kecederaan yang telah lama berlaku yang tidak boleh dibayangkan dek akal fikiran betapa seksanya hidup Bella.

“Sepatutnya kita menjaga anak angkat itu seperti anak kandung dan mungkin lebih lagi. Bukan diperlakukan sedemikian. Bayangkan jika tangan kita terkena air panas sedikit, kita sudah merasa sakit dan pedih. Bayangkan Bella, satu badan melecur. Kalau saya tidak uar-uarkan gambar dan cerita ini, ramai yang tidak tahu penderaan Bella.

“Walaupun ada yang mengecam, ugut dan tidak suka apa yang saya buat. Saya tidak akan berhenti sehingga Bella mendapat keadilan,” tambahnya.

Susulan daripada itu, Mona Din nekad dan mengambil keputusan untuk menghantar pesanan menerusi aplikasi WhatsApp dan meminta penjelasan penasihat rumah kebajikan tersebut yang juga seorang aktivis berhubung apa yang telah terjadi.

Ujar aktivis itu, dia meminta supaya remaja ini dibawa ke hospital setelah mendapat laporan berhubung kes penderaan itu.

“Saya sendiri tidak pernah berjumpa dengannya di rumah perlindungan atau pun melawat rumah penjaga sejak bangunnya rumah perlindungan ini,” katanya.

Berbicara lebih lanjut, aktivis ini mengaku dia agak terkilan dengan apa yang telah terjadi kepada remaja ini. Dimaklumkan remaja itu sebenarnya ditempatkan berasingan di rumah pengasas pusat perlindungan itu.

“Mohon maaf jawapan saya panjang tapi saya tak tulis pada mana-mana platfom pun mengenai kes ini kerana pada waktu kejadian, tahap kesihatan penghuni yang saya utamakan dan Bella sudah berada di hospital dengan pelapor.

Apa yang sebenarnya berlaku? Saya pun tak tahu dan harap siasatan berjalan lancar. Penderaan? penganiayaan? pengabaian? kemalangan? Semuanya kesan berbeza dan beri ruang siasatan. Tapi yang buatkan saya lega, Bella masuk ikut sistem dan prosesnya lancar,” ujarnya dalam perbualan bersama Mona Din.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN