Allah mengabadikan sabdaan Nabi Allah Yaakub kepada anak-anak lelaki baginda agar mereka tidak berputus asa sama sekali daripada rahmat Allah SWT. Ini dijelaskan menerusi firman-Nya yang bermaksud: Wahai anak-anakku. Kamu semua pergilah lalu carilah khabar berita tentang Yusuf dan saudara lelakinya dan janganlah kamu semua berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tidaklah akan berputus asa daripada rahmat Allah melainkan hanyalah kaum yang kafir. (Yusuf: 87) Ayat ini menuntut kita semua…