Dyrga Dadali positif Covid-19 Delta, timbul ruam di leher - Utusan Malaysia

Dyrga Dadali positif Covid-19 Delta, timbul ruam di leher

Dyra Dadali menunjukkan ruam merah pada lehernya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas selebriti terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari dan Bintang Emon disahkan positif Covid-19, kini giliran vokalis kumpulan terkenal, Dyra Dadali pula dijangkiti wabak tersebut.

Menerusi perkongsian di entri Dyrga, berbeza dengan orang lain yang dijangkiti wabak berkenaan, penyanyi itu menunjukkan kesan ruam merah yang terdapat di belakang lehernya akibat Covid-19 Delta tersebut.

“Ruam hasil dari Covid-19 Delta yang ada di leher saya,” coretnya ringkas menerusi perkongsian tersebut.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata warganet mendoakan agar penyakit yang dialaminya itu diberikan kesembuhan serta dipermudahkan segala urusannya.

“Mudah-mudahan Allah sembuhkan penyakit ini dengan cepat. Semoga dipermudahkan segala urusan. Tabahkan diri.

“Ya Allah, semoga cepat sembuh Dyrga dan sekeluarga. Teruskan semangat ya!” komen warganet

Sebelum ini, Dyrga Dadali memuat naik hantaran di Instagram setelah mendapati dirinya positif Covid-19, pada 3 Julai lepas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN