“SAYA sebenarnya takut menunggang kuda.” Demikian ‘rahsia’ yang didedahkan penunggang wanita pertama kuda lasak negara, Azizatul Asma Abdullah, 25, semasa temu bual bersama Utusan Malaysia baru-baru ini. Di sebalik pencapaian cemerlang dalam sukan tersebut, hakikatnya atlet dari kelab, State Terengganu Endurance Team (STET) itu masih dibelenggu rasa gementar setiap kali menunggang kuda terutama risiko-risiko kecederaan jika berlaku sebarang kemalangan. Bagaimanapun, Azizatul Asma yang mesra dipanggil Asma tidak menjadikan ketakutan itu…










