Vietnam Roll ringkas dan menyihatkan - Utusan Malaysia

Vietnam Roll ringkas dan menyihatkan

Menu ringkas untuk individu mementingkan makanan sihat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Vietnam Roll atau Popia Vietnam makanan asal dari Vietnam. Sedikit masa lalu kalau ingin makan Vietnam Roll kena ke kedai menyajikan sajian Vietnam. Namun hari ini tidak sukar membuatnya kerana bahan utamanya iaitu pembalutnya yang dipanggil paper rice mudah didapati di pasaran. Hanya basahkan dan gulung. Selamat mencuba. Sekalung terima kasih buat pemilik Instagram norys kitchen dan nory catering (FB), Noriah Idris.

Bahan-bahan:
* Rice paper
* 10 ekor udang sederhana besar
* 6 batang jejari ketam
* Suhun kering dalam segenggam atau ikut cita rasa (rendam dalam air suam dan toskan)
* 2 ikat daun salad (bersihkan)
* 1 batang mentimun dipotong memanjang
* 1 batang lobak merah di potong memanjang
(selepas dipotong rendam dalam air sejuk selama 10 minit)
* Tuala

Cara penyediaan:
1. Ambil sehelai paper rice, letakkan atas tuala basah.
2. Masukkan daun salad, susunkan suhun, udang, timun, lobak merah dan semua bahan tadi.
3. Gulung semua bahan tadi.
4. Siap. Ia boleh dimakan bersama sos.

Bahan sos:
*8 tangkai cili padi dikisar halus.
*5 ulas bawang putih diracik-racik.
*1 sudu cuka makan.
*2 potong kacang bepang dikisar halus (beli yang ada di pasaran)
*1 sudu kecil gula

Cara penyediaan:
*Panaskan satu setengah cawan air ke dalam periuk.
*Setelah mendidih, masukkan cili kisar, bawang putih, gula, secubit garam dan gula secukup rasa.
*Angkat dan taburkan kacang bepang di atasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN